Letupan kuat yang menggegarkan pusat membeli belah Empire Gallery Subang
- SUBANG: Polis sebentar tadi mengesahkan kejadian letupan kuat yang menggegarkan pusat membeli belah Empire Gallery pada jam 3.30 pagi tadi sehingga mencederakan empat individu.
- Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata punca kejadian Letupan di pusat membeli belah Empire Gallery Subang masih disiasat dan laporan terkini akan dikeluarkan pasukan bomba serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
- Letupan di bahagian bawah bangunan Empire Gallery Subang itu mengakibatkan cermin bangunan pecah membabitkan tiga kedai makan.”Dua daripada mangsa adalah warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala dua lagi warga tempatan.”Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
- Kira-kira 300 tetamu Hotel Empire turut dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya awal pagi tadi yang dikenalpasti berpunca dari letupan tangki gas.
- Polis percaya letupan yang berlaku di pusat beli-belah di Empire Gallery di Subang Jaya, awal pagi tadi disyaki berpunca daripada kebocoran gas di bahagian bawah bangunan terbabit.
- setakat ini lebih 30 premis sebahagian besar kedai makan mengalami kerosakan akibat letupan yang berlaku di Empire Gallery. Selain itu turut musnah dua kereta jenis Volkswagen Golf GTi dan Honda musnah dalam letupan itu.berita harian
- setakat ini lebih 30 premis sebahagian besar kedai makan mengalami kerosakan akibat letupan yang berlaku di Empire Gallery. Selain itu turut musnah dua kereta jenis Volkswagen Golf GTi dan Honda musnah dalam letupan itu.berita harian

No comments:
Post a Comment