Saturday, October 1, 2011

Isteri Perleter


Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan berleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter. Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami. "Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?".

"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam".

"Itu saja ke haji?"

"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter. "Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."

Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yg diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya.

Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam.

Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia.

Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad. "Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?".

"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu.... Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas.. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar. Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa.

Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"

Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku ingat nak pindah pergi ambil angin diluar.. tp memandangkan kau dah ada kt sini, kau ambillah dia kat bawah tu cpt2 sket.... . Aku pun dah tak tahan lagi dah".

Pak Pandir Di Mc Donald's




Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order apa..maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: Bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air...Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: Ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer(masa tu McD boleh merokok lagi)
Pak Pandir : Ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...

Ahmad : Hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?

Nak tahu apa Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:

Pak Pandir: Aper..kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus gelak guling-guling..Hahahahaha

Wednesday, September 28, 2011

Takrifan Halal http://www.halal.gov.my


Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai :
Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf
Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.
Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.
Logo Halal
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Gambar Empire Tower Shopping Gallery Subang Meletup (Empire Subang Explode)



Letupan kuat yang menggegarkan pusat membeli belah Empire Gallery Subang 
  • SUBANG: Polis sebentar tadi mengesahkan kejadian letupan kuat yang menggegarkan pusat membeli belah Empire Gallery pada jam 3.30 pagi tadi sehingga mencederakan empat individu.
  • Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata punca kejadian Letupan di pusat membeli belah Empire Gallery Subang masih disiasat dan laporan terkini akan dikeluarkan pasukan bomba serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
  • Letupan   di bahagian bawah bangunan  Empire Gallery Subang itu mengakibatkan cermin bangunan pecah membabitkan tiga kedai makan.”Dua daripada mangsa adalah warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala dua lagi warga tempatan.”Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya. 
  • Kira-kira 300 tetamu Hotel Empire turut dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya awal pagi tadi yang dikenalpasti berpunca dari letupan tangki gas. 
  •  Polis percaya letupan yang berlaku di pusat beli-belah di Empire Gallery di Subang Jaya, awal pagi tadi disyaki berpunca daripada kebocoran gas di bahagian bawah bangunan terbabit.
  • setakat ini lebih 30 premis sebahagian besar kedai makan mengalami kerosakan akibat letupan yang berlaku di Empire Gallery. Selain itu turut musnah dua kereta jenis Volkswagen Golf GTi dan Honda musnah dalam letupan itu.berita harian


    • setakat ini lebih 30 premis sebahagian besar kedai makan mengalami kerosakan akibat letupan yang berlaku di Empire Gallery. Selain itu turut musnah dua kereta jenis Volkswagen Golf GTi dan Honda musnah dalam letupan itu.berita harian